Thursday, September 27, 2007

KISAH AKHIR SEBELUM CUTI RAYA

Salam Eidul Fitri
Maaf Zahir Batin

Aku mohon kemaafan yang tak ternilai. Pasal aku nakal. Mungkin ada yang terasa. Kecik hati. Tersinggung perasaan. Menyampah. Tak suka aku. Tak pe. Aku maafkan korang. Eh. Maafkan la aku. Aku insan tak biasa. Orang lain tak macam aku. Maafkan aku.

InsyaAllah. Usia panjang jumpa lagi. Sebulan aku kat kampung. Beraya sakan. Pasal aku dah rasa beraya kat luar. 5 tahun. Tak best. Bila dah ada kat M'sia. Aku nak raya betul-betul. Aku nak main mercun. Meriam tanah. Meriam buloh. Nak buat macam kecik-kecik dulu. Hehe.

Akhir sekali tapi tak akhir. Ingat la orang beriman yang telah tinggalkan kita. Dia pergi bukan terpaksa. Dia pergi dengan jemputan dari Allah. Allah lebih sayangkan dia. Ingatan untuk kita yang masih hidup. Buat la perkara yang Allah suka.

Sekali lagi.
Salam Eidul Fitri.
Maaf Zahir Batin.


Aku ada satu kisah. Sebenarnya banyak lagi aku nak cerita. Tapi. Nanti-nanti la. Sebelum aku cuti sebulan ni. Baca yang ni dulu.

Dulu. Satu masa. Hari Raya. Kat kampung aku. Lepas solat Eidul Fitri. Jama'ah surau buat rombongan dari rumah ke rumah. Orang kampung aku panggil Marhaban. Baca selawat ke atas Nabi. Makan. Tak sampai sepuluh minit. Pergi rumah lain pulak.

Hari ni. Aku. Nak mintak maap kat Abu Mereng. Banyak dosa.

Masa kat rumah gadis idaman. Nuha. Aku keluar lambat. Rombongan dah ke rumah sebelah. Aku tercegat. Kononnya nak cakap sesuatu kat Nuha. Ada special request. Heh.

Tapi. Nampak motor Abu Mereng depan rumah Nuha. Aku. Sama kawan. Jenal. Sorong motor tu ke belakang. Gantikan dengan kambing yang aku ambik kat surau. Pak Imam kata. Kambing aqiqah.

Perhati dari jauh. Abu Mereng garu kepala tengok kambing tu. Aku dan Jenal gelak macam itik serati. Berjaya. Pasal setan dah tak kena ikat. Mungkin. Heh.

Malangnya. Masa Abu Mereng sorong motor dia ke depan semula. Aku nampak. Nuha sapu peluh kat dahi Abu Mereng. Guna tudung. Tersayu.

Aku langkah. Dengan longlai. Ikut Marhaban.


Moral : Tak usah percaya kat orang yang tak ada kepercayaan.


Tamat Kisah Setan Kena Ikat.


Pelakun-pelakun Asal :

Aku : Aiman Hakim Azhari.
Jenal : Zainal Abideen Jamaludin.
Abu Mereng : Abu Khair Syufaat.
Nuha : Siti Nurhaliza Jantan.
Pak Imam : Haji Tamyis Roslan.
Motor Abu : Suzuki Best '89.


SALAM EIDUL FITRI

SETAN KENA IKAT - KISAH 6

Malam. Puasa. Dulu. Kat surau Kampung Temehel. Aku sama kawan. Jenal. Cadang nak tidur situ. Macam biasa. Kononnya nak buat ibadah.

Tengah mengaji. Menguap. Ngantuk. Tengok microphone surau. Cakap kat Jenal. Buat konsert. Jenal ok je. Aku. Pegang mic. Tapi tak on speaker la. Tiru gaya Axl Rose. Penyanyi Guns N Roses. Jenal. Jadi penonton.

Lepas satu jam. Sahur. Makan lebihan moreh tadi. Kenyang jugak. Tidur.

Subuh. Pak Imam datang. Suroh azan. Aku. Pegang mic. Azan dengan penuh perasaan.

Habis azan. Pak Imam tanya. Ramai ke orang datang konsert malam tadi. Aku sama Jenal. Gabrah. Pak Imam cakap lagi. Azan macam bunyi lagu Sweet Child 'O Mine je. Nasib baik sebutan azan jelas.

Uih! Pak Imam tau lagu GnR?!


Moral : Bila mengaji jangan lupakan tajwid.

Tuesday, September 25, 2007

SETAN KENA IKAT - KISAH 5

Ramadhan. Satu masa. Malam. Kat kampung. Aku. Tumpang tidur rumah Jenal. Mulanya nak tidur surau. Tak jadi. Jenal ajak.

Aktiviti. Pukul 3 pagi. Round kampung. Ambik angin. Sebelum sahur. Lalu depan rumah Abu Mereng. Pakat. Nak kejut sahur.

Tengok motor Abu Mereng. Jenal sambung wire. Tanpa kunci. Masa tengah sunyi. Kick start. Enjin ngaum. Aku. Pulas. Lagi kuat. Lampu rumah menyala. Aku sama Jenal berlari tepi rumah. Sambil gelak manja. Ahaks.

Ngendap dari tepi. Nampak Abu Mereng. Matikan enjin.

Tapi. Betis aku rasa sesuatu. Gatal. Peha aku pun. Aku raba. Dapat sesuatu. Lembik berbulu. Agh. Ulat bulu.

Aku. Tergaru-garu. Jenal kata. Nasib baik tak kena kat 'anu'. Cheh.


Moral : Jangan biarkan diri anda diselubungi...ulat bulu!

Saturday, September 22, 2007

SETAN KENA IKAT - KISAH 4

Dulu. Puasa. Kat Kampung Temehel. Malam. Aku terlewat pergi surau. Tengah berjalan. Tiba-tiba. Mentol torchlight pulak terbakar. Bergelap.

Sampai surau. Jama'ah tengah solat Isya'. Nampak motor Abu Mereng. Eh. Tak pernah-pernah dia ke surau selama ni. Hm. Aku bukak lampu motor dia. Ambik mentol. Masuk kat torchlight. Boleh.

Lepas solat tarawikh. Masa nak balik. Pak Imam merungut. Tunjuk penutup lampu motor Abu Mereng terbukak. Pak Imam kata. Motor tu dia pinjam. Nanti apa pulak kata Abu Mereng. Ah. Sudah. Pak Imam pinjam rupanya. Patut la.

Pak Imam kata lagi. Dia sumpah. Sapa yang ambik mentol tu nanti 'anu' dia jadi katak puru. Ha? Secara sembunyi. Aku keluarkan mentol dari torchlight. Lalu cakap. Aku jumpa tepi tiang. Selamat.

Kawan aku. Jenal. Jeling. Cakap. Comel apa jadi katak puru. Cheh!


Moral : Jauhkan diri dari bercinta dengan orang yang tak dikenali.

Thursday, September 20, 2007

SETAN KENA IKAT - KISAH 3

Satu masa. Puasa. Kat kampung. Petang. Aku. Sama kawan aku. Jenal. Pergi kedai runcit. Nak beli minyak tanah. Buat ngidupkan pelita.

Lalu depan rumah Abu Mereng. Nampak motor. Jenal kata. Minyak petrol pun boleh ngidupkan pelita. Aku paham niat Jenal.

Dekat motor Abu Mereng. Jenal sedut petrol dari tangki motor tu. Guna getah paip kecik. Masuk botol. Lepas tu. Blah dari situ. Senyap.

Kat rumah aku. Lepas buka. Masukkan petrol dalam pelita-pelita yang terkumpul. Tapi. Lilin jatuh. Habis terbakar semua pelita. Hitam legam. Cheh. Jenal la ni.


Moral : Sentiasa la pelihara wudhu' dalam Bulan Mulia ni.

Tuesday, September 18, 2007

SETAN KENA IKAT - KISAH 2

Ramadhan. Kampung aku. Acara tradisi. Tukar-tukar juadah berbuka. Mesti ada. Satu masa tu. Mak aku buat mee bandung asli. Style Muar. Sedap. Aku. Ambik kesempatan. Nak hantar ke rumah Nuha. Nuha putih. Gebu. Aku geram. Tapi. Sabar. Puasa. Heh.

Sampai halaman. Rumah Nuha. Bau nasi beriani gam. Fuh. Tapi. Ternampak motor Abu Mereng. Ces. Potong line. Nak ngorat Nuha la tu. Aku rapat kat motor Abu Mereng. Bukak punat tayar. Kempiskan.

Entah macamana. Motor tumbang. Hempap kaki aku. Ades. Terpikir. Mintak tolong. Untong-untong nanti Nuha sapukan minyak kat kaki aku.

Malangnya. Nenek Nuha yang urutkan. Kematu je rasa. Katanya. Mak bapak setan kena kurung, anak setan pulak bermaharajalela. Perli la tu.


Moral : Cuci la motor kalau dah kotor tu.

Saturday, September 15, 2007

SETAN KENA IKAT - KISAH 1

Puasa. Masa umur 17 tahun. Aku selalu bermalam kat surau. Kampung Temehel. Yong Peng. Sama kawan. Jenal. Konon nak buat ibadat. Tapi. Selalunya tertidur sampai ke Subuh. Tak sahur pun. Sedih.

Satu malam tu. Nak hilang ngantuk. Ajak Jenal buat dajjal. Pergi rumah Abu Mereng. Ngendap. Tengah tidur. Lalu belakang rumah. Nampak motor. Aku cadang. Letak motor tu kat surau. Jenal angguk.

Sorong motor. Malangnya. Motor termasuk dalam longkang besar. Nak ngangkat tu satu hal. Berpeluh. Berjaya. Pulangkan semula ke tempat asal.

Balik surau. Gelak sama Jenal. Pikir. Aku tau kenapa tak dapat buat dajjal. Pasal setan tak tolong sebab kena ikat. Jenal gelak macam enjin bot.


Moral : Terima kasih kerana tak ganti jadi setan masa bulan Ramadhan ni.