Thursday, September 27, 2007

KISAH AKHIR SEBELUM CUTI RAYA

Salam Eidul Fitri
Maaf Zahir Batin

Aku mohon kemaafan yang tak ternilai. Pasal aku nakal. Mungkin ada yang terasa. Kecik hati. Tersinggung perasaan. Menyampah. Tak suka aku. Tak pe. Aku maafkan korang. Eh. Maafkan la aku. Aku insan tak biasa. Orang lain tak macam aku. Maafkan aku.

InsyaAllah. Usia panjang jumpa lagi. Sebulan aku kat kampung. Beraya sakan. Pasal aku dah rasa beraya kat luar. 5 tahun. Tak best. Bila dah ada kat M'sia. Aku nak raya betul-betul. Aku nak main mercun. Meriam tanah. Meriam buloh. Nak buat macam kecik-kecik dulu. Hehe.

Akhir sekali tapi tak akhir. Ingat la orang beriman yang telah tinggalkan kita. Dia pergi bukan terpaksa. Dia pergi dengan jemputan dari Allah. Allah lebih sayangkan dia. Ingatan untuk kita yang masih hidup. Buat la perkara yang Allah suka.

Sekali lagi.
Salam Eidul Fitri.
Maaf Zahir Batin.


Aku ada satu kisah. Sebenarnya banyak lagi aku nak cerita. Tapi. Nanti-nanti la. Sebelum aku cuti sebulan ni. Baca yang ni dulu.

Dulu. Satu masa. Hari Raya. Kat kampung aku. Lepas solat Eidul Fitri. Jama'ah surau buat rombongan dari rumah ke rumah. Orang kampung aku panggil Marhaban. Baca selawat ke atas Nabi. Makan. Tak sampai sepuluh minit. Pergi rumah lain pulak.

Hari ni. Aku. Nak mintak maap kat Abu Mereng. Banyak dosa.

Masa kat rumah gadis idaman. Nuha. Aku keluar lambat. Rombongan dah ke rumah sebelah. Aku tercegat. Kononnya nak cakap sesuatu kat Nuha. Ada special request. Heh.

Tapi. Nampak motor Abu Mereng depan rumah Nuha. Aku. Sama kawan. Jenal. Sorong motor tu ke belakang. Gantikan dengan kambing yang aku ambik kat surau. Pak Imam kata. Kambing aqiqah.

Perhati dari jauh. Abu Mereng garu kepala tengok kambing tu. Aku dan Jenal gelak macam itik serati. Berjaya. Pasal setan dah tak kena ikat. Mungkin. Heh.

Malangnya. Masa Abu Mereng sorong motor dia ke depan semula. Aku nampak. Nuha sapu peluh kat dahi Abu Mereng. Guna tudung. Tersayu.

Aku langkah. Dengan longlai. Ikut Marhaban.


Moral : Tak usah percaya kat orang yang tak ada kepercayaan.


Tamat Kisah Setan Kena Ikat.


Pelakun-pelakun Asal :

Aku : Aiman Hakim Azhari.
Jenal : Zainal Abideen Jamaludin.
Abu Mereng : Abu Khair Syufaat.
Nuha : Siti Nurhaliza Jantan.
Pak Imam : Haji Tamyis Roslan.
Motor Abu : Suzuki Best '89.


SALAM EIDUL FITRI

SETAN KENA IKAT - KISAH 6

Malam. Puasa. Dulu. Kat surau Kampung Temehel. Aku sama kawan. Jenal. Cadang nak tidur situ. Macam biasa. Kononnya nak buat ibadah.

Tengah mengaji. Menguap. Ngantuk. Tengok microphone surau. Cakap kat Jenal. Buat konsert. Jenal ok je. Aku. Pegang mic. Tapi tak on speaker la. Tiru gaya Axl Rose. Penyanyi Guns N Roses. Jenal. Jadi penonton.

Lepas satu jam. Sahur. Makan lebihan moreh tadi. Kenyang jugak. Tidur.

Subuh. Pak Imam datang. Suroh azan. Aku. Pegang mic. Azan dengan penuh perasaan.

Habis azan. Pak Imam tanya. Ramai ke orang datang konsert malam tadi. Aku sama Jenal. Gabrah. Pak Imam cakap lagi. Azan macam bunyi lagu Sweet Child 'O Mine je. Nasib baik sebutan azan jelas.

Uih! Pak Imam tau lagu GnR?!


Moral : Bila mengaji jangan lupakan tajwid.

Tuesday, September 25, 2007

SETAN KENA IKAT - KISAH 5

Ramadhan. Satu masa. Malam. Kat kampung. Aku. Tumpang tidur rumah Jenal. Mulanya nak tidur surau. Tak jadi. Jenal ajak.

Aktiviti. Pukul 3 pagi. Round kampung. Ambik angin. Sebelum sahur. Lalu depan rumah Abu Mereng. Pakat. Nak kejut sahur.

Tengok motor Abu Mereng. Jenal sambung wire. Tanpa kunci. Masa tengah sunyi. Kick start. Enjin ngaum. Aku. Pulas. Lagi kuat. Lampu rumah menyala. Aku sama Jenal berlari tepi rumah. Sambil gelak manja. Ahaks.

Ngendap dari tepi. Nampak Abu Mereng. Matikan enjin.

Tapi. Betis aku rasa sesuatu. Gatal. Peha aku pun. Aku raba. Dapat sesuatu. Lembik berbulu. Agh. Ulat bulu.

Aku. Tergaru-garu. Jenal kata. Nasib baik tak kena kat 'anu'. Cheh.


Moral : Jangan biarkan diri anda diselubungi...ulat bulu!

Saturday, September 22, 2007

SETAN KENA IKAT - KISAH 4

Dulu. Puasa. Kat Kampung Temehel. Malam. Aku terlewat pergi surau. Tengah berjalan. Tiba-tiba. Mentol torchlight pulak terbakar. Bergelap.

Sampai surau. Jama'ah tengah solat Isya'. Nampak motor Abu Mereng. Eh. Tak pernah-pernah dia ke surau selama ni. Hm. Aku bukak lampu motor dia. Ambik mentol. Masuk kat torchlight. Boleh.

Lepas solat tarawikh. Masa nak balik. Pak Imam merungut. Tunjuk penutup lampu motor Abu Mereng terbukak. Pak Imam kata. Motor tu dia pinjam. Nanti apa pulak kata Abu Mereng. Ah. Sudah. Pak Imam pinjam rupanya. Patut la.

Pak Imam kata lagi. Dia sumpah. Sapa yang ambik mentol tu nanti 'anu' dia jadi katak puru. Ha? Secara sembunyi. Aku keluarkan mentol dari torchlight. Lalu cakap. Aku jumpa tepi tiang. Selamat.

Kawan aku. Jenal. Jeling. Cakap. Comel apa jadi katak puru. Cheh!


Moral : Jauhkan diri dari bercinta dengan orang yang tak dikenali.

Thursday, September 20, 2007

SETAN KENA IKAT - KISAH 3

Satu masa. Puasa. Kat kampung. Petang. Aku. Sama kawan aku. Jenal. Pergi kedai runcit. Nak beli minyak tanah. Buat ngidupkan pelita.

Lalu depan rumah Abu Mereng. Nampak motor. Jenal kata. Minyak petrol pun boleh ngidupkan pelita. Aku paham niat Jenal.

Dekat motor Abu Mereng. Jenal sedut petrol dari tangki motor tu. Guna getah paip kecik. Masuk botol. Lepas tu. Blah dari situ. Senyap.

Kat rumah aku. Lepas buka. Masukkan petrol dalam pelita-pelita yang terkumpul. Tapi. Lilin jatuh. Habis terbakar semua pelita. Hitam legam. Cheh. Jenal la ni.


Moral : Sentiasa la pelihara wudhu' dalam Bulan Mulia ni.

Tuesday, September 18, 2007

SETAN KENA IKAT - KISAH 2

Ramadhan. Kampung aku. Acara tradisi. Tukar-tukar juadah berbuka. Mesti ada. Satu masa tu. Mak aku buat mee bandung asli. Style Muar. Sedap. Aku. Ambik kesempatan. Nak hantar ke rumah Nuha. Nuha putih. Gebu. Aku geram. Tapi. Sabar. Puasa. Heh.

Sampai halaman. Rumah Nuha. Bau nasi beriani gam. Fuh. Tapi. Ternampak motor Abu Mereng. Ces. Potong line. Nak ngorat Nuha la tu. Aku rapat kat motor Abu Mereng. Bukak punat tayar. Kempiskan.

Entah macamana. Motor tumbang. Hempap kaki aku. Ades. Terpikir. Mintak tolong. Untong-untong nanti Nuha sapukan minyak kat kaki aku.

Malangnya. Nenek Nuha yang urutkan. Kematu je rasa. Katanya. Mak bapak setan kena kurung, anak setan pulak bermaharajalela. Perli la tu.


Moral : Cuci la motor kalau dah kotor tu.

Saturday, September 15, 2007

SETAN KENA IKAT - KISAH 1

Puasa. Masa umur 17 tahun. Aku selalu bermalam kat surau. Kampung Temehel. Yong Peng. Sama kawan. Jenal. Konon nak buat ibadat. Tapi. Selalunya tertidur sampai ke Subuh. Tak sahur pun. Sedih.

Satu malam tu. Nak hilang ngantuk. Ajak Jenal buat dajjal. Pergi rumah Abu Mereng. Ngendap. Tengah tidur. Lalu belakang rumah. Nampak motor. Aku cadang. Letak motor tu kat surau. Jenal angguk.

Sorong motor. Malangnya. Motor termasuk dalam longkang besar. Nak ngangkat tu satu hal. Berpeluh. Berjaya. Pulangkan semula ke tempat asal.

Balik surau. Gelak sama Jenal. Pikir. Aku tau kenapa tak dapat buat dajjal. Pasal setan tak tolong sebab kena ikat. Jenal gelak macam enjin bot.


Moral : Terima kasih kerana tak ganti jadi setan masa bulan Ramadhan ni.

Thursday, September 13, 2007

SIRI KOPITIAM BULAN RAMADHAN

Puasa. Aku teringat semula. Tiga tahun dulu. Tengah tunggu mekanik baiki kereta. Datang sorang Apek. Hulur rokok. Aku ambik. Masuk poket. Tunggu lagi. Apek hulur rokok lagi. Ambik. Masuk poket. Lima belas minit. Hulur rokok. Ambik. Masuk poket.

Apek pelik. Tanya. Kenapa aku tak hisap rokok tu. Aku tak berapa nak paham pasal dia cakap cina. Aku jawab. Buka puasa nanti aku hisap.

Apek cakap dengan penuh perasaan. "Aiya… mata hilung kulit summa selupa cina ho? Apa takut? Kasi hisap lo! Olang tatak tau lu Melayu ma! Hohoho!"

Aku. Sabar. Puasa.


Salam Ramadhan.

ACOUSTIC N' UNPLUGGED - part 4.5

Aku duduk diam. Malas. Kalau aku sambung mengundang bahaya. Lebih-lebih lagi dalam bulan mulia ni. Ramadhan. Aku biarkan kisah lama tu abadi dalam dunia kenangan aku. Perbuatan tiga pontianak jadian tu sungguh rakus. Eh. Cukup. Baik buat ibadah. Cerita lama tu.

Aiyak...! Lain masa sambung la ho? Holiao ho!

Thursday, September 6, 2007

ACOUSTIC N' UNPLUGGED - part 4

Tengahari masuk petang. Aku sampai kat SEA-TAC. Bridget dengan Rachelle ucap selamat jalan dan jumpa lagi. Bagi alamat dan phone number dia. Sekarang aku dah pegang dua phone number dan dua alamat. Sekurang-kurangnya aku ada dua kenalan kat US ni kalau sesat.

Masa dalam flight tadi. Bridget cerita macam-macam. Dia dibesarkan dalam keluarga yang betul-betul ortodok Kristian. Tapi. Akibat pergaulan, kefahaman Bridget berubah. Lebih-lebih lagi masa dah bekerja sebagai interior designer ni. Dia dibuang keluarga. Berkahwin. Sekarang ditinggal suami pulak. Malang. Aku janji. Kalau ada masa aku pergi jenguk Bridget dan Rachelle.

Kat SEA-TAC. Aku cari tempat lost & found. Tanya bagasi aku yang katanya dah sampai malam tadi. White-man kat situ kata dah masuk kargo hantar ke Kuala Lumpur. Ikut alamat kat bagasi tu. Ada pulak macam tu? Dia tak boleh buat apa. Aku terkedu. Tak apa. Semua yang penting termasuk sedikit pakaian ada dalam back pack yang aku bawak ni.

Aku berjalan resah. Cari phone booth. Dial number rumah senior yang JPM bagi. Jawab. Katanya dah ada yang tunggu. Tiga orang. Semua student perempuan. Student perempuan? Terpikir. Apasal aku ‘di kelilingi’ perempuan sejak semalam lagi?

Terpandang nama Aiman Hakim Malaysia tertulis kat satu kertas. Sorang perempuan Melayu pegang. Aku lambai dan hampiri. Mulanya dia geleng. Aku kata itu nama aku. Dia terkejut. Dia ingat aku Cina. Aku gelak dan cakap aku dah biasa macam tu. Dia tanya bagasi. Aku jawab jujur. Dia. Kak Chah. Kata banyak sweater. Nanti Kak Chah bagi aku. Sweater perempuan? Kak Chah angguk. Sudah!

Kat tempat parking. Dua orang kakak student tengah tunggu. Kak Nab. Kak Jah. Diorang kata aku beruntung. Pasal tiga pontianak jadian berada di sisi. Diorang gelak. Aku pun gelak ambik hati. Tapi. Berfikir. Apa diorang cakap ni?

Dalam kereta. Perjalanan ke Rumah Malaysia Kecil. Kak Nab kata. Nak bawak aku lunch dulu. Kak Chah tak nak. Alasan. Ada taklimat dengan student baru yang lain. Kak Jah setuju dengan Kak Nab. Tanya aku. Aku ikut je. Akhirnya. Kak Chah mengalah. Lagipun katanya nak rasa darah muda. Aku terfikir. Biar betul!

Kasi satu kali sambung la ho! Aiyak! Holiao ho!

Wednesday, August 29, 2007

ACOUSTIC N' UNPLUGGED - part 3

Awal pagi. Kat tempat menunggu. LAX. Aku gosok mata. Telinga masih tersumbat ear-phone walkman. Lagu Megadeth. Satu malam tak tidur. Mak cik Ramlah sama Rozana temankan berborak. Aku bertambah rapat dengan diorang. Sebelum diorang beransur tadi, Rozana sempat bagi telephone number sama alamat rumah. Aku tak dapat bagi pasal aku tak tau duduk kat mana nanti.

Urusan aku untuk tumpang United Airways dah selesai. Pengajaran untuk aku. Jangan pentingkan orang lain kalau diri sendiri tak dipentingkan. Aku ambik wallet. Tengok gambar Siti Nurhaliza. Rindu membuak.

Tiba-tiba. Sorang white-woman tegur aku. Dia tanya samada aku ni orang Cina Malaysia. Aku jawab aku mix Melayu-Cina Malaysia. Satu jeritan…"Daddy!" muncul dari belakang white-woman tu. Sorang budak kecik meluru dan terus peluk aku. Aku tergamam. White-woman tu mintak maap kat aku. Dia kata anak dia tu tak pernah jumpa ayah dia yang mirip aku melalui gambar. Aku masih terkedu. Lepaskan pelukan.

White-woman tu kenalkan diri. Bridget. Anaknya Rachelle. Bridget cerita dia ditinggalkan suaminya sebelum Rachelle lahir. Ceritanya lagi suaminya balik Malaysia dan terus tak datang. Aku simpati. Tapi. Aku nak buat apa? Aku keluarkan cokelat Cadbury dari back pack yang aku bawak. Aku bagi kat Rachelle.

Bridget bangun. Pergi Bourdin Sourdogh Bakery kat sebelah tempat menunggu. Aku layan Rachelle. Bagi dia dengar lagu Megadeth. Terhangguk-hangguk kepala Rachelle. Head banging.

Bridget kembali dengan dua cawan kopi dan satu loaf panjang. Bridget suruh aku minum kopi tu. Loaf dipatahkan jadi dua. Aku tanya apa intinya. Bridget kata muslim boleh makan pasal loaf kosong. Dia kata lagi dia takkan beli makanan yang berunsurkan daging ke ayam ke apa saja yang tak disembelih pasal dia pun muslim macam aku. Aku gumam.

Bridget cerita suaminya berketurunan Cina. Baru masuk Islam macam dia jugak. Diorang bernikah ikut cara Islam. Tapi. Diorang tak dapat mendalami Islam. Tiba-tiba. Panggilan untuk penumpang ke SEA-TAC. Hm. Aku ada kawan untuk borak dalam flight nanti.

Aiyak...! Lagi kasi sambung! Holiao ho!

Wednesday, August 22, 2007

ACOUSTIC N' UNPLUGGED - part 2

Awal malam. Kat LA International Airport. Atau LAX. Aku tolong Mak cik Ramlah lepasi imigrasi. Aku dah baik dengan Mak cik Ramlah yang mulanya agak berlagak tadi. Masa terbang Mak cik Ramlah banyak bercerita. Aku terhibur.

Pergi tempat luggage. Cari bagasi Mak cik Ramlah. Jumpa. Sungguh mudah. Bawak keluar dari situ. Di luar ramai yang menanti. Bukan menanti Mak cik Ramlah. Menanti kenalan masing-masing la. Tiba-tiba. Dengar satu suara manja. Aku toleh. Nampak sorang perempuan Melayu bertudung hitam sedang melambai tangan. Aku balas lambaian sambil senyum. Senyuman ikhlas pasal dia lawa. Dia hentikan lambaian. Mungkin salah orang. Aku termalu.

Aku terpikir. Mak cik Ramlah. Aku cakap ada orang panggil. Mak cik Ramlah menoleh dan ternampak perempuan Melayu tu depan mata. Perkataan yang terkeluar dari mulut Mak cik Ramlah…"Rozana". Rozana? Masing-masing berpelukan. Aku terpikir semula. Cukup la aku hantar Mak cik Ramlah.

Aku 'dalam keadaan' transit. Mesti masuk semula. Mak cik Ramlah panggil. Kenalkan kepada satu-satu anak perempuannya. Belajar kat UCLA. Rozana mengucap salam. Aku sambut. Cair sekejap pasal Rozana lawa. Rozana cakap aku disangka orang Cina. Aku gelak ambik hati. Lepas tu aku tak berapa nak dengar Rozana cakap apa. Aku 'layan' wajah Rozana. Teringat kat Siti Nurhaliza. Uish! Tak boleh jadi. Aku terpaksa beransur. Mintak diri. Mak cik Ramlah ucap terima kasih. Aku cakap…"No hal!"

Aku ke tempat berangkat. White people yang jaga situ kata aku terlambat lima belas minit. Flight ke Seattle-Tacoma International Airport atau SEA-TAC dah terbang. Sepatutnya aku tak perlu keluar dari situ. Aku termangu. White people tu kata lagi aku boleh tumpang United Airways pasal ada link dengan MAS. Tapi. Esok pagi pukul 9. Aduh! Bagasi aku? Dah terbang tadi. Boleh ambik kat SEA-TAC esok.

Tidur kat LAX le malam ni. Aku mula menyalahkan orang. Ni semua Mak cik Ramlah punya pasal. Aku toleh kat tempat perpisahan aku dengan Mak cik Ramlah tadi. Eh…Rozana? Rozana masih berdiri kat situ. Memandang aku sambil tersenyum. Aku cair.

Lagi sambung…aiyak! Holiao ho!

Monday, August 20, 2007

ACOUSTIC N' UNPLUGGED - part 1

Ini wa lulu punya celita lo! Lu kasi baca la ho!

Suatu masa. Kat airport. Aku tunggu untuk check-in. Tak ada sapa yang aku kenal bersama aku. Mak-ayah aku sibuk dengan kerja. Sepatutnya aku berangkat ke Seattle minggu lepas dengan enam student baru yang lain. Tapi passport aku belum siap masa tu. Katanya masalah teknikal. Aku ye kan je.

Masa duduk menunggu. Aku goyang kaki. Terkena beg sorang mak cik yang lalu depan aku. Kelam kabut aku tolong dia angkat beg yang jatuh tu sambil mintak maap banyak-banyak. Dia berleter semacam. Aku diam je. Dah tu dia duduk sebelah aku. Dia mintak tolong aku jaga dia masa dalam kapal terbang nanti pasal ni first time dia naik untuk jumpa anak dia kat LA. Dia kata lagi dia maapkan aku kalau aku jaga dia. Aku pikir. Ada ke macam tu? Aku cakap aku tak dapat jaga dia pasal aku tak pergi LA. Aku pergi WA. Aku bersyukur. Perjalanan dia lain dengan aku.

Sorang pembantu pegawai MAS panggil aku untuk check-in. Aku lepas imigresen. Aku masuk kapal terbang dengan hati tenang. Tempat duduk MAS tu pun selesa.

Tiba-tiba. Mak cik tadi duduk sebelah aku. Aku gumam. Dia kata harap-harap bukan dia yang salah kapal terbang. Aku bangun. Tanya stewardess. Stewardess kata aku memang kena naik flight tu untuk ke LAX. Kemudian baru tukar flight untuk ke WA. Aku duduk semula.

Mak cik tu perli aku macam-macam sambil senyum sinis. Aku diam. Aku tau dia jauh lebih tua dari aku tu pasal aku tak jawab apa pun.

Aku keluarkan walkman. Dengar lagu Skid Row. Dah tu aku keluarkan wallet. Tengok gambar. Perasaan jiwang karat menyelubungi aku. Bahu aku dicuit. Mak cik tu tunjuk isyarat good. Aku cabut ear-phone dari telinga. Dia kata cantik orang dalam gambar tu. Aku macam tak nak layan. Dia tanya lagi sapa nama orang dalam gambar tu.

Tiba-tiba aku rasa excited untuk bagitau namanya. Aku jawab, "Siti Nurhaliza."

Sambung…aiyak! Holiao ho!

Thursday, August 16, 2007

CELITA DALI DALAM SULAT WA

Sulat dali wa untuk kawan wa summa!

Salam. Hohoho!

Hello kawan…apa macam? Ala baik? Ini wa mau bagitau sama lu aa pasat dili wa lo! Lu silalu cakap wa punya tulisan manyak susah mau baca ho. Okay lo! Lu kasi baca sama ini celita wa lulu la ho!

(petikan dari komen celita alih punggong)

Tak puas hati betul korang ek bila aku tulis style slanga Cina. Okay la…aku ubah la cara penulisan aku ni. Aku tulis macam tu bukan apa…mak aku keturunan Cina. Ayah aku pun sama…tapi ayah aku dah mix Cina-Arab-Melayu. Kalau nak cerita mau lapan hari pun tak habis.

Sebenarnya aku ni seorang penulis jugak…macam Azzam Supardi. Cuma aku tulis berita dan rencana, Azzam Supardi tulis cerita. Ada perbezaan kat situ kan? Aku kenal Azzam Supardi pun dah lama sejak awal Majalah Ujang lagi. Aku pun salah seorang penulis residen untuk Majalah Ujang tu. Masa tu Azzam Supardi belajar kat Cairo dan aku pulak kat UW, Seattle WA. Memang kitorang jarang berjumpa masa tu tapi tak semestinya kitorang tak berkawan kan.

Bila aku habis belajar kat WA dan balik ke M'sia, aku terus bekerja dengan salah satu akhbar tempatan bahagian penyuntingan rencana. Bidang aku belajar dulu tak sama dengan kerja aku. Dulu aku ambik Anthropology. Anthropology banyak 'cawangan' dia…macam archaeology, biocultural, environmental, sociocultural dan beberapa course lagi yang berkaitan dengan kehidupan manusia dan alam dulu jugak sekarang.

Lepas ambik sikit pengalaman kat akhbar tempatan tu aku mula meneroka bahagian promotion and event. Kat sini macam-macam benda aku hadapi…pahit, manis, suka, kecewa. Dalam pada masa yang sama aku masih lagi menulis…skrip dokumentari, rencana akhbar dan majalah dan beberapa penulisan pojok.

Masa belajar dulu aku ada menulis satu artikel yang bertajuk 'Heavy Metal - The Headbangers History'. Aku tulis kisah tu pasal aku minat heavy metal dan bertepatan dengan course sociocultural yang aku ambik masa tu, jadi penulisan aku tu memang best la pada aku. Dan…artikel aku tu akhirnya dijadikan skrip dokumentari oleh kawan white people aku dengan tajuk yang sama yang disiarkan kat Seattle Channel - Cable 21, WA. Kira aku boleh bangga la kan. Korang tak bangga pun tak pe…aku saja je nak syok sendiri.

Sekarang aku bekerja bukan sepenuh masa kat tempat Azzam Supardi ni. Aku bergerak sendiri. Dalam seminggu, dua atau tiga kali aku datang dan susun kerja kat sini. Azzam Supardi pun macam aku jugak. Jadi…jiwa kitorang sama iaitu…'kerja engko kerja aku kerja kita kerjasama'. Memang kitorang ni 'kaki kelija punya olang'. Hidup aku kosong kalau tak kerja.

Okay la. Cukup dulu sedikit kisah aku. Untuk akan datang aku ada banyak cerita pengalaman aku masa kat Seattle. Aku nak lawan Azzam Supardi dengan 'Aku Hidup Dalam Blues' dia dulu. Cerita tu sebenarnya ada sikit kisah hidup aku yang Azzam Supardi ambik. Sungguh. Aku provide half of my story bagi kat dia. Tapi aku tak dapat hapa-hapa pun…hampeh Azzam. Tak de la...aku tak kisah pun. Kawan-kawan kan.

Orait…stop kat sini dulu.

Salam holmat sama lu olang la ho! Telima kasih laun kelali!

Okay lo! Ho holiao ho!

Thursday, August 9, 2007

CELITA ALIH PUNGGONG

Lulu aa wa ala pigi tengok satu teater muzikal. Nama lia punya tajuk aa ALIH PUNGGONG. Summa melakon dali Five Arts Centre sama The Arts Studio. Lia punya pengalah wa manyak suka. Olang panggil lia punya nama Nam Ron. Lia selupa Ajam Supali la…blues, beb! Set lisainer - D.E.S.I.G.N.E.R...lisainer lia aa Bayu Utomo. Manyak syok woo. Ala ambelela - U.M.B.R.E.L.L.A…ambelela. Ala munga, kelusi kayu, gamelan, gong. Summa alat gendang tladisi ala lia olang main.

Lagi satu aa lua belat olang melakon summa pelempuan. Lua olang lelaki - main gitar sama pekasen - P.E.R.C.U.S.S.I.O.N…pekasen. Lain-lain gendang aa summa pelempuan kasi main…gong, gamelan, gendang Melayu. Antala lua belat pelempuan melakon aa cuma lua olang Melayu, lua olang Cina, solang India. Lain summa olang putih. Manyak kagum lo! Summa pelempuan pakai baju kulong sama kebaya. Syok ho!

Wa mau celita aa lia olang punya stoli ala kena mengena lengan hilup pelempuan Melayu jaman lulu lekat kampung. Kesimpulan itu stoli…wa lapat tau itu pelempuan Melayu suka cakap manyak. Bangun pagi cakap, mandi cakap, masak cakap, gosok baju cakap, mau tido anak cakap, sendili mau tido pun cakap. Bikin kelija tatak selupa bikin cakap. Tapi aa bukan pelempuan sini la ho! Pelempuan sini bagut bikin kelija…kulang cakap. Olang lumah wa pun Melayu…wa tau ma! Manyak baik punya.

Tapi wa mau kasi tau lo. Lua tiga hali lulu wa ala lepak lepan lumah malam-malam time hujan. Wa lulok lekat porch sambil isap lokok lanhil. Wa sudut lalam-lalam. Otak wa ala pikir itu stoli ALIH PUNGGONG ala butut lo! Pasat apa aa wa pelati lamai pelempuan Melayu suka cakap lo! Lia olang tatak moleh liam. Kalau pelempuan itu sinang hati lia olang misti celita sama kawan lia olang…pot pet pot pet! Kalau pelempuan itu susah hati pun lia olang celita sama kawan lia olang…pet pot pet pot!

Satu lagi aa kesimpulan lia aa pelempuan tatak moleh telima ploblem. Kalau ala ploblem lia olang cipat panik. Bila lia olang cipat panik summa olang lia malah. Wa ala espelien - E.X.P.E.R.I.E.N.C.E…espelian lekat ini opis. Aiya...manyak halu wo. Lagi satu aa kalau The Boss tatak lekat opis aa pelempuan manyak cakap selupa bulong belatok…kalau The Boss ala opis pun lia olang cakap manyak tapi selupa itik selati la ho. Ala butut ka wa cakap ini macam?

Tapa la ho. Wa lasa aa pelempuan misti liam bila itu pelempuan kelija timpat summa olang lelaki. Hohoho. Okay la ho. Wa ala kenduli hujung ini minggu. Lekat kenduli itu aa wa lasa suala pelempuan misti manyak. Pelempuan mana moleh liam.

Ho…holiao ho!



- VERSI MELAYU BLUES - (terjemahan asli dari Azzam Bellamy) -

Dulu aku pergi tengok satu teater muzikal. Tajuk cerita teater tu agak pelik - ALIH PUNGGONG. Semua pelakon adalah dari Five Arts Centre dan The Arts Studio. Aku suka dia punya pengarah. Orang panggil dia Nam Ron. Dia punya karektor lebih kurang Azam Supardi…blues, beb! Set designer dia pulak adalah orang yang terkenal dalam bidang ni…Bayu Utomo. Memang menarik la dia design. Ada beberapa payung diletakkan kat situ. Boleh turun naik, beb! Lepas tu ada macam-macam jenis bunga. Wangi. Kerusi kayu yang tradisional. Dan bermacam alat gendang Melayu. Alat gendang Melayu tu la jadi persembahan utama teater tu.

Lagi satu yang menarik…kesemua dua belas pelakon adalah perempuan. Ada dua orang lelaki kat situ cuma main gitar acoustic dengan percussion. Kiranya lelaki tu watak sampingan la. Lain-lain peralatan macam gamelan, gong dan gendang semua perempuan yang main. Antara dua belas perempuan yang berlakon tu cuma dua orang je perempuan Melayu. Yang lain…dua perempuan Cina, sorang perempuan India dan tujuh perempuan orang putih! Kagum sungguh aku, beb! Perempuan-perempuan tu pulak semuanya pakai baju kebaya dengan kurung. Fuh…best sungguh!

Ni aku nak cerita sikit tentang kisah yang diorang ketengahkan tu ada kena-mengena dengan perempuan Melayu yang hidup kat kampung pada zaman dulu…sebelum merdeka aku rasa. Aku tak nak cerita satu persatu kisah tu. Aku cuma nak bagitau kesimpulannya je. Keseluruhan cerita merumuskan bahawa perempuan Melayu ni suka cakap banyak. Bangun pagi bercakap, tengah mandi bercakap, tengah masak bercakap, tengah gosok baju bercakap, nak tidurkan anak bercakap, sampai diri sendiri nak tidur pun bercakap. Kiranya bercakap tu lebih utama dari buat kerja. Tapi…bukan perempuan kat sini la kan. Perempuan kat sini pandai buat kerja…kurang bercakap. Aku tau la pasal orang rumah aku Melayu la. Dia seorang yang baik.

Tapi aku nak bagitau sikit la. Dua tiga hari dulu masa hujan malam-malam aku lepak kat depan rumah. Aku duduk kat kerusi bawah porch sambil hisap rokok. Aku sedut dalam-dalam. Otak aku terpikir balik…ada betulnya cerita teater ALIH PUNGGONG TU. Pasal apa tau…aku perhatikan memang perempuan Melayu suka bercakap. Diorang tak boleh diam. Kalau perempuan tu rasa senang hati dia akan berborak bagai nak rak dengan kawan-kawan dia. Dan…kalau perempuan tu susah hati pun dia bercakap berapi-api dengan kawan-kawan dia.

Satu lagi kesimpulan pulak ialah orang perempuan tak boleh ada masalah. Kalau ada masalah diorang cepat gabrah. Bila diorang gabrah diorang akan marah. Aku memang ada pengalaman kat opis ni. Betul-betul haru wo! Satu lagi kisah bila The Boss tak de kat opis…macam burung belatok diorang bercakap! Bila The Boss ada kat opis pulak…pun diorang bercakap tapi macam itik serati la kan. Betul tak aku cakap ni?

Tak pe la kan. Apa-apa pun aku rasa perempuan akan diam bila dia bekerja kat opis yang semuanya lelaki. Hahaha. Cukup la ek. Aku ada jemputan pergi kenduri hujung minggu ni. Aku rasa kat kenduri tu nanti suara perempuan je yang akan berkumandang. Perempuan mana boleh diam.

Hebat sungguh, beb!


p/s : Ho liao ho! Ajam Supali…manyak telima kasih la ho!

Tuesday, August 7, 2007

HO LIAO HO - LAMPAS KUASA

Lu olang jangan tekelejut aaa…! Ini lampasan kuasa tatak lali undang-undang punya. Itu Ajam Supali sulah bagi pelmisen untuk wa ambik alih ini blog. Oh…lupa. Lu olang panggil itu Ajam - Azzam Bellamy. Wa panggil Ajam Supali. Itu Supali lia punyak pak lo. Ajam cakap aa lia mau bikin laman web sendili. Lia bikin sama itu kawan aa Saali Sulong. Lu olang panggil Ayii ka apa lia punya nama. Lu olang sendili tau ma. Eih…cukup cakap pasat Ajam Supali. Wa pun sulah bosan cakap itu nama. Bukan wa tatak suka sama lia…tapi aa ini blog wa punya ma. Apa pasat mau cakap-cakap Ajam Supali?

Okay lo. Ini wa mau cakap pasat wa. Nama wa Ah Kim. Itu celita Ajam Supali bikin aa tatak sama hilup wa. Nama selupa la…tapi celita tatak sama. Wa olang Melayu. Muslim. Wa cakap ini macam pasat wa…pasat wa…pasat wa punya suka la! Wa sulah kawin. Ala anak lua olang. Satu pelempuan satu laki-laki. Mini wa olang Melayu sama wa. Wa kelija sama tempat Ajam Supali. Wa jaga plomosen lipatmen. P.R.O.M.O.T.I.O.N D.E.P.A.R.T.M.E.N.T…plomosen lipatmen. Lu olang tatak tau ka apa itu kelija? Aiya…baca tinggi-tinggi tatak tau itu kelija apa ka? Wa buat iben lo. E.V.E.N.T…iben. Sulah tau…hohoho…manyak pandai lu olang. Boleh bilanja cikin cok. C.H.I.C.K.E.N C.H.O.P…cikin cok.

Wa lampas kuasa ini tempat aa pasat wa mau bikin blog. Belakang Ajam Supali mau selender. S.U.R.R.E.N.D.E.R…selender. Lia kasi ini edles sama password - betul aa wa spelling. Jali…wa tak payah bikin balu lo. Hohoho…hati wa manyak sinang. Lamai olang moleh baca wa punya blog. Lu olang kalu tatak suka moleh pigi lain tempat ma. Wa tatak kisah. Ati wa tatak kicik punya. Wa baik ati ma.

Cukup la ho. Wa tatak cakap manyak-manyak. Dali ali ini wa mau celita macam-macam. Lu olang suka lu olang moleh baca. Wa tatak hat punya. Tatak suka…lu olang moleh gohed…G.O A.H.E.A.D. Okay lo…see you all next time. Untill we meet again to come and well done. Just don't lie under the sun is coming tomorrow. Right bye!



p/s : Ajam Supali kilim salam. Ini time aa lia manyak plomosi bikin. Sana pigi sini pigi. Bizi…B.U.S.Y. Ini opis pun sikijam lia ada sikijam lia tatak. Lia suluh lu olang tunggu lia punya web…celita pasat kelija penulisan dan buku. Wa pun sama tunggu. Wa pun mau tulis novel ma…itu pasat mau study sama lia. Hoho ho liao ho!

Thursday, July 26, 2007

SKETCH - NOVEL GRAPHIC - MAMBO

'Kehidupan seorang aku di tengah-tengah kepesatan hidup yang bermacam rupa. Aku - Putera Hj Hassan, mencari tapak sebenar apa erti sesuatu perjalanan ke arah ketenangan. Cinta yang membuai? Harta yang terhidang? Kuasa yang bertapak? Aku melihat sendiri penarikan dan penolakan manusia-manusia yang tergambarkan hanya pada zahirnya saja. Apa-apa pun…aku nak hidup.'

- Petikan sinopsis novel graphic MAMBO karya Nur Azmi. Aku? Tukang bancuh teh je heh!


-------------------------------------------------------------

Suatu masa suatu ketika…

Aku sedang mendengar dan sedang melihat.

Seorang pemuda. Memakai t-shirt yang tergambar jalur gemilang dan berslogan…Saya Anak Malaysia. Sungguh patriotik.

Dia sedang menanti bas ekspress untuk membawanya ke Melaka. Dan…bertanya kepada orang lain yang juga menunggu di situ…

"Loh…jam berapa kita berangkat?"

Ouf…! Kuat sungguh pengaruh lagu dan cerita wayang dari negara seberang…heh!

Atau…

Dia memang dari sana. Dan menyintai negara Malaysia.

- harapan…teruskan usaha dan doa.

Monday, July 23, 2007

SKETCH - NOVEL GRAPHIC - AKU DAN SESUATU


'Tanpa sedar Hussin dan Hassan bergelumang dengan hipokrasi masyarakat bandar yang terlalu hauskan kemewahan dan kuasa. Bukan kedua-duanya mahukan begitu…tetapi arus kehidupan dunia yang mengalir membawa mereka ke tengah kejahilan modern. Sudut cinta antara Hussin dan Khadhijah serta Hassan dan Ah Kit meneruskan natijah bersepah di sebaliknya. Inilah realiti jejak mereka.'

- Sinopsis ringkas giler yang aku buat untuk media expose novel graphic AKU DAN SESUATU.


Novel graphic karya Aie dan dibantu dengan penuh keterpaksaan oleh aku ni mempunyai lima siri. Proses pembikinan cerita ni ambik masa sampai setahun untuk disiapkan. Lama giler, beb!

Kadang-kadang untuk membuat sesuatu yang terbaik bukannya mudah. Macam tu jugak masa buat cerita ni…sembilan ke sepuluh kali aku gaduh dan tak bertegur dengan Aie. Makan pun sendiri-sendiri. Dia bosan, aku pun bosan. Ini semua kerana membina jalan cerita dan persembahan yang 'cantik' untuk menghasilkan novel graphic ni.

Cakap banyak pun tak guna…pergi cari kat kedai!

SKETCH - AHKIM - catatan rahsia seorang lelaki


"Dia tidak terbilang, dia tidak terpandang, tapi dialah AHKIM."

'Aku seorang lelaki yang suka bermonolog. Cerita ni adalah catatan rahsia aku yang sepatutnya tidak boleh diketahui oleh umum tapi sebagai iktibar...apa salahnya. Aku bekas pelajar perubatan yang tak habis belajar. Hati aku merana dan amat sedih di atas kematian ayah aku - Pak Samad, abang sulung aku - Along Din dan abang kedua aku - Angah Man. Dengan sebab itulah aku mengambil keputusan berhenti belajar. Kini aku bekerja sebagai pembantu driver van syarikat roti sejak setahun yang lalu. Rafi adalah kawan karib aku...cuma apa yang aku kesalkan, Rafi amat cetek tentang Islam walaupun dilahirkan dalam keluarga Islam. Tugas aku, mengembalikan semangat Islam pada diri Rafi setakat yang aku mampu walaupun aku tau pengetahuan aku tentang agama bukan sampai tahap ustad...tapi sekurang-kurangnya aku ada asas.

Dari sudut kisah lain dalam hidup aku...Farhana - dia adalah perempuan pertama yang membuatkan hidup aku tak keruan. Apataknya, amat susah untuk aku menghampirinya dan berbagai peristiwa terpaksa aku harungi. Syarifah Arisyah pulak - aku lebih menganggap seperti kesinambungan kasih terhadap Angah Man...aku terpaksa walaupun ada sedikit bibit cinta terhadapnya tapi tu cuma pada kecantikannya saja. Rubiah - aku tak tau nak kata apa.'

"Aku tau aku tak terbilang, aku tau aku tak terpandang, tapi aku adalah AHKIM."

- Siapa Rafi? Siapa Farhana? Siapa Syarifah Arisyah? Siapa Rubiah? Apa kaitan Pak Samad, Along Din dan Angah Man dengan mereka semua tu?

- Copyright 2007 azzam bellamy

Thursday, July 19, 2007

END OF THE BLUES

Satu masa satu ketika…



Sebagai langkah terakhir…

Setiap permulaan ada akhirnya. Bila sampai waktu…aku patut angkat kaki. Tak kira la ke mana. Yang pentingnya aku ada tanggungjawab tersendiri yang mesti aku hadapi. And…the end…ke arah kehidupan yang satu lagi.

Apa-apa pun…wait n see.