Thursday, July 26, 2007

SKETCH - NOVEL GRAPHIC - MAMBO

'Kehidupan seorang aku di tengah-tengah kepesatan hidup yang bermacam rupa. Aku - Putera Hj Hassan, mencari tapak sebenar apa erti sesuatu perjalanan ke arah ketenangan. Cinta yang membuai? Harta yang terhidang? Kuasa yang bertapak? Aku melihat sendiri penarikan dan penolakan manusia-manusia yang tergambarkan hanya pada zahirnya saja. Apa-apa pun…aku nak hidup.'

- Petikan sinopsis novel graphic MAMBO karya Nur Azmi. Aku? Tukang bancuh teh je heh!


-------------------------------------------------------------

Suatu masa suatu ketika…

Aku sedang mendengar dan sedang melihat.

Seorang pemuda. Memakai t-shirt yang tergambar jalur gemilang dan berslogan…Saya Anak Malaysia. Sungguh patriotik.

Dia sedang menanti bas ekspress untuk membawanya ke Melaka. Dan…bertanya kepada orang lain yang juga menunggu di situ…

"Loh…jam berapa kita berangkat?"

Ouf…! Kuat sungguh pengaruh lagu dan cerita wayang dari negara seberang…heh!

Atau…

Dia memang dari sana. Dan menyintai negara Malaysia.

- harapan…teruskan usaha dan doa.

Monday, July 23, 2007

SKETCH - NOVEL GRAPHIC - AKU DAN SESUATU


'Tanpa sedar Hussin dan Hassan bergelumang dengan hipokrasi masyarakat bandar yang terlalu hauskan kemewahan dan kuasa. Bukan kedua-duanya mahukan begitu…tetapi arus kehidupan dunia yang mengalir membawa mereka ke tengah kejahilan modern. Sudut cinta antara Hussin dan Khadhijah serta Hassan dan Ah Kit meneruskan natijah bersepah di sebaliknya. Inilah realiti jejak mereka.'

- Sinopsis ringkas giler yang aku buat untuk media expose novel graphic AKU DAN SESUATU.


Novel graphic karya Aie dan dibantu dengan penuh keterpaksaan oleh aku ni mempunyai lima siri. Proses pembikinan cerita ni ambik masa sampai setahun untuk disiapkan. Lama giler, beb!

Kadang-kadang untuk membuat sesuatu yang terbaik bukannya mudah. Macam tu jugak masa buat cerita ni…sembilan ke sepuluh kali aku gaduh dan tak bertegur dengan Aie. Makan pun sendiri-sendiri. Dia bosan, aku pun bosan. Ini semua kerana membina jalan cerita dan persembahan yang 'cantik' untuk menghasilkan novel graphic ni.

Cakap banyak pun tak guna…pergi cari kat kedai!

SKETCH - AHKIM - catatan rahsia seorang lelaki


"Dia tidak terbilang, dia tidak terpandang, tapi dialah AHKIM."

'Aku seorang lelaki yang suka bermonolog. Cerita ni adalah catatan rahsia aku yang sepatutnya tidak boleh diketahui oleh umum tapi sebagai iktibar...apa salahnya. Aku bekas pelajar perubatan yang tak habis belajar. Hati aku merana dan amat sedih di atas kematian ayah aku - Pak Samad, abang sulung aku - Along Din dan abang kedua aku - Angah Man. Dengan sebab itulah aku mengambil keputusan berhenti belajar. Kini aku bekerja sebagai pembantu driver van syarikat roti sejak setahun yang lalu. Rafi adalah kawan karib aku...cuma apa yang aku kesalkan, Rafi amat cetek tentang Islam walaupun dilahirkan dalam keluarga Islam. Tugas aku, mengembalikan semangat Islam pada diri Rafi setakat yang aku mampu walaupun aku tau pengetahuan aku tentang agama bukan sampai tahap ustad...tapi sekurang-kurangnya aku ada asas.

Dari sudut kisah lain dalam hidup aku...Farhana - dia adalah perempuan pertama yang membuatkan hidup aku tak keruan. Apataknya, amat susah untuk aku menghampirinya dan berbagai peristiwa terpaksa aku harungi. Syarifah Arisyah pulak - aku lebih menganggap seperti kesinambungan kasih terhadap Angah Man...aku terpaksa walaupun ada sedikit bibit cinta terhadapnya tapi tu cuma pada kecantikannya saja. Rubiah - aku tak tau nak kata apa.'

"Aku tau aku tak terbilang, aku tau aku tak terpandang, tapi aku adalah AHKIM."

- Siapa Rafi? Siapa Farhana? Siapa Syarifah Arisyah? Siapa Rubiah? Apa kaitan Pak Samad, Along Din dan Angah Man dengan mereka semua tu?

- Copyright 2007 azzam bellamy

Thursday, July 19, 2007

END OF THE BLUES

Satu masa satu ketika…



Sebagai langkah terakhir…

Setiap permulaan ada akhirnya. Bila sampai waktu…aku patut angkat kaki. Tak kira la ke mana. Yang pentingnya aku ada tanggungjawab tersendiri yang mesti aku hadapi. And…the end…ke arah kehidupan yang satu lagi.

Apa-apa pun…wait n see.