Monday, August 20, 2007

ACOUSTIC N' UNPLUGGED - part 1

Ini wa lulu punya celita lo! Lu kasi baca la ho!

Suatu masa. Kat airport. Aku tunggu untuk check-in. Tak ada sapa yang aku kenal bersama aku. Mak-ayah aku sibuk dengan kerja. Sepatutnya aku berangkat ke Seattle minggu lepas dengan enam student baru yang lain. Tapi passport aku belum siap masa tu. Katanya masalah teknikal. Aku ye kan je.

Masa duduk menunggu. Aku goyang kaki. Terkena beg sorang mak cik yang lalu depan aku. Kelam kabut aku tolong dia angkat beg yang jatuh tu sambil mintak maap banyak-banyak. Dia berleter semacam. Aku diam je. Dah tu dia duduk sebelah aku. Dia mintak tolong aku jaga dia masa dalam kapal terbang nanti pasal ni first time dia naik untuk jumpa anak dia kat LA. Dia kata lagi dia maapkan aku kalau aku jaga dia. Aku pikir. Ada ke macam tu? Aku cakap aku tak dapat jaga dia pasal aku tak pergi LA. Aku pergi WA. Aku bersyukur. Perjalanan dia lain dengan aku.

Sorang pembantu pegawai MAS panggil aku untuk check-in. Aku lepas imigresen. Aku masuk kapal terbang dengan hati tenang. Tempat duduk MAS tu pun selesa.

Tiba-tiba. Mak cik tadi duduk sebelah aku. Aku gumam. Dia kata harap-harap bukan dia yang salah kapal terbang. Aku bangun. Tanya stewardess. Stewardess kata aku memang kena naik flight tu untuk ke LAX. Kemudian baru tukar flight untuk ke WA. Aku duduk semula.

Mak cik tu perli aku macam-macam sambil senyum sinis. Aku diam. Aku tau dia jauh lebih tua dari aku tu pasal aku tak jawab apa pun.

Aku keluarkan walkman. Dengar lagu Skid Row. Dah tu aku keluarkan wallet. Tengok gambar. Perasaan jiwang karat menyelubungi aku. Bahu aku dicuit. Mak cik tu tunjuk isyarat good. Aku cabut ear-phone dari telinga. Dia kata cantik orang dalam gambar tu. Aku macam tak nak layan. Dia tanya lagi sapa nama orang dalam gambar tu.

Tiba-tiba aku rasa excited untuk bagitau namanya. Aku jawab, "Siti Nurhaliza."

Sambung…aiyak! Holiao ho!

17 comments:

Asnor filza said...

cepat sambung... tak sabar nak baca kisah selanjutnya.. macam ada krisis identiti je nieh.. huahuahua

13may said...

hehhe...bila lu mau sambung ni celita apek???

blackpurple @ jowopinter said...

Macam dah trend pulak sekarang. Main sambung-sambung. Ha ha ha.

Lama tak dengar lagu Skid Row.... :D

achik said...

aiyak!! bersambung la plak.. ada bape part nih ahpek?? ;)

kakLuna said...

siao la lu..wa ingat lu taluh lu punya patto punya gambaq..

lupa2nya...siti nul haliza..itu tauke soh datuk K woo..

flush said...

chettt.. potong stim betul la ending dia.. ada ka gmbq siti.. xdak org lain ka..

ujang said...

gambar bini orang apa barang brader.......

Babe said...

ok ok, aku tahu blog kau hikhikhik

azzam dah fly gi spain ke? kirim salam sukun kat abang aku tu ye;P nak sms tanya khabar hp aku kene bar.

Masy said...

siti? adeh.. boring²

err boring kat siti, bkn kat cite ko tau apek :D

Titicaca said...

apek, adakah ko ini DAtuk K?

NAzzXXra said...

huh..saspen..

sambong ar..

grrrr...

nUr@dDeEn said...

hehehe.. kerek tol makcik tuh. haiya! mm kan cho aa..!!?

siti? Piao Liang!! Ho, ho!

arianna adrizal said...

mcm penah tau je cite ni.. adakah? mungkinkah?.. hm, sila sambung dgn kadar segera ya :)

lindosh said...

ye ke sebut nama siti ituk? alaa cam tak cayee.. nexttttttttttt episodd pelish!

faridmw said...

salam...

cita yang menarikk... sambung cepat.. tak sabar menanti sambungannya...

Asnor filza said...

mana sambungannya ni??? arghhh tensennnn

ah kim said...

Salam.

Aiya…lu olang aa tatak mau kasi wa sinang ho? Wa mau titon pun tatak mimpi lo lagi mau kasi wa celita. Tapa la ho! Lu olang punya pasat wa sambung. Lu olang nyangan titon la ho?

Apa pasat lu olang tatak suka nama itu Siti Nurhaliza? Lu olang jeles ho? Ini wa mau cakap sikit. Itu Siti Nurhaliza bukan pinyanyi ma! Ini Siti Nurhaliza wa kampung punya gelplen lo! Nama selupa tapi muka manyak lain lo! Wa punya Siti Nurhaliza lagi cantik ma! Dahi lia tatak jendul punya. Muka tatak mulat. Hilung manyak mancung selupa kapal laut. Manyak jauh lagi cantik lo!

Okay la ho! Wa tamau cakap manyak. Cakap manyak pun wa bukan lapat luit. Tatak untung ho? Lu olang kasi baca satu kali. Sambung musti sambung.

Telima kasih pasat lu olang manyak baik hati kasi baca wa punya celita. Telima kasih laun kelali! Ho!