Thursday, August 9, 2007

CELITA ALIH PUNGGONG

Lulu aa wa ala pigi tengok satu teater muzikal. Nama lia punya tajuk aa ALIH PUNGGONG. Summa melakon dali Five Arts Centre sama The Arts Studio. Lia punya pengalah wa manyak suka. Olang panggil lia punya nama Nam Ron. Lia selupa Ajam Supali la…blues, beb! Set lisainer - D.E.S.I.G.N.E.R...lisainer lia aa Bayu Utomo. Manyak syok woo. Ala ambelela - U.M.B.R.E.L.L.A…ambelela. Ala munga, kelusi kayu, gamelan, gong. Summa alat gendang tladisi ala lia olang main.

Lagi satu aa lua belat olang melakon summa pelempuan. Lua olang lelaki - main gitar sama pekasen - P.E.R.C.U.S.S.I.O.N…pekasen. Lain-lain gendang aa summa pelempuan kasi main…gong, gamelan, gendang Melayu. Antala lua belat pelempuan melakon aa cuma lua olang Melayu, lua olang Cina, solang India. Lain summa olang putih. Manyak kagum lo! Summa pelempuan pakai baju kulong sama kebaya. Syok ho!

Wa mau celita aa lia olang punya stoli ala kena mengena lengan hilup pelempuan Melayu jaman lulu lekat kampung. Kesimpulan itu stoli…wa lapat tau itu pelempuan Melayu suka cakap manyak. Bangun pagi cakap, mandi cakap, masak cakap, gosok baju cakap, mau tido anak cakap, sendili mau tido pun cakap. Bikin kelija tatak selupa bikin cakap. Tapi aa bukan pelempuan sini la ho! Pelempuan sini bagut bikin kelija…kulang cakap. Olang lumah wa pun Melayu…wa tau ma! Manyak baik punya.

Tapi wa mau kasi tau lo. Lua tiga hali lulu wa ala lepak lepan lumah malam-malam time hujan. Wa lulok lekat porch sambil isap lokok lanhil. Wa sudut lalam-lalam. Otak wa ala pikir itu stoli ALIH PUNGGONG ala butut lo! Pasat apa aa wa pelati lamai pelempuan Melayu suka cakap lo! Lia olang tatak moleh liam. Kalau pelempuan itu sinang hati lia olang misti celita sama kawan lia olang…pot pet pot pet! Kalau pelempuan itu susah hati pun lia olang celita sama kawan lia olang…pet pot pet pot!

Satu lagi aa kesimpulan lia aa pelempuan tatak moleh telima ploblem. Kalau ala ploblem lia olang cipat panik. Bila lia olang cipat panik summa olang lia malah. Wa ala espelien - E.X.P.E.R.I.E.N.C.E…espelian lekat ini opis. Aiya...manyak halu wo. Lagi satu aa kalau The Boss tatak lekat opis aa pelempuan manyak cakap selupa bulong belatok…kalau The Boss ala opis pun lia olang cakap manyak tapi selupa itik selati la ho. Ala butut ka wa cakap ini macam?

Tapa la ho. Wa lasa aa pelempuan misti liam bila itu pelempuan kelija timpat summa olang lelaki. Hohoho. Okay la ho. Wa ala kenduli hujung ini minggu. Lekat kenduli itu aa wa lasa suala pelempuan misti manyak. Pelempuan mana moleh liam.

Ho…holiao ho!



- VERSI MELAYU BLUES - (terjemahan asli dari Azzam Bellamy) -

Dulu aku pergi tengok satu teater muzikal. Tajuk cerita teater tu agak pelik - ALIH PUNGGONG. Semua pelakon adalah dari Five Arts Centre dan The Arts Studio. Aku suka dia punya pengarah. Orang panggil dia Nam Ron. Dia punya karektor lebih kurang Azam Supardi…blues, beb! Set designer dia pulak adalah orang yang terkenal dalam bidang ni…Bayu Utomo. Memang menarik la dia design. Ada beberapa payung diletakkan kat situ. Boleh turun naik, beb! Lepas tu ada macam-macam jenis bunga. Wangi. Kerusi kayu yang tradisional. Dan bermacam alat gendang Melayu. Alat gendang Melayu tu la jadi persembahan utama teater tu.

Lagi satu yang menarik…kesemua dua belas pelakon adalah perempuan. Ada dua orang lelaki kat situ cuma main gitar acoustic dengan percussion. Kiranya lelaki tu watak sampingan la. Lain-lain peralatan macam gamelan, gong dan gendang semua perempuan yang main. Antara dua belas perempuan yang berlakon tu cuma dua orang je perempuan Melayu. Yang lain…dua perempuan Cina, sorang perempuan India dan tujuh perempuan orang putih! Kagum sungguh aku, beb! Perempuan-perempuan tu pulak semuanya pakai baju kebaya dengan kurung. Fuh…best sungguh!

Ni aku nak cerita sikit tentang kisah yang diorang ketengahkan tu ada kena-mengena dengan perempuan Melayu yang hidup kat kampung pada zaman dulu…sebelum merdeka aku rasa. Aku tak nak cerita satu persatu kisah tu. Aku cuma nak bagitau kesimpulannya je. Keseluruhan cerita merumuskan bahawa perempuan Melayu ni suka cakap banyak. Bangun pagi bercakap, tengah mandi bercakap, tengah masak bercakap, tengah gosok baju bercakap, nak tidurkan anak bercakap, sampai diri sendiri nak tidur pun bercakap. Kiranya bercakap tu lebih utama dari buat kerja. Tapi…bukan perempuan kat sini la kan. Perempuan kat sini pandai buat kerja…kurang bercakap. Aku tau la pasal orang rumah aku Melayu la. Dia seorang yang baik.

Tapi aku nak bagitau sikit la. Dua tiga hari dulu masa hujan malam-malam aku lepak kat depan rumah. Aku duduk kat kerusi bawah porch sambil hisap rokok. Aku sedut dalam-dalam. Otak aku terpikir balik…ada betulnya cerita teater ALIH PUNGGONG TU. Pasal apa tau…aku perhatikan memang perempuan Melayu suka bercakap. Diorang tak boleh diam. Kalau perempuan tu rasa senang hati dia akan berborak bagai nak rak dengan kawan-kawan dia. Dan…kalau perempuan tu susah hati pun dia bercakap berapi-api dengan kawan-kawan dia.

Satu lagi kesimpulan pulak ialah orang perempuan tak boleh ada masalah. Kalau ada masalah diorang cepat gabrah. Bila diorang gabrah diorang akan marah. Aku memang ada pengalaman kat opis ni. Betul-betul haru wo! Satu lagi kisah bila The Boss tak de kat opis…macam burung belatok diorang bercakap! Bila The Boss ada kat opis pulak…pun diorang bercakap tapi macam itik serati la kan. Betul tak aku cakap ni?

Tak pe la kan. Apa-apa pun aku rasa perempuan akan diam bila dia bekerja kat opis yang semuanya lelaki. Hahaha. Cukup la ek. Aku ada jemputan pergi kenduri hujung minggu ni. Aku rasa kat kenduri tu nanti suara perempuan je yang akan berkumandang. Perempuan mana boleh diam.

Hebat sungguh, beb!


p/s : Ho liao ho! Ajam Supali…manyak telima kasih la ho!

22 comments:

nUr@dDeEn said...

hahahahhaa ... lu ar apek, suka itu maciam. suka sibut nama gua manyiak-manyiak kali lalam lu punyia entli. wa silalu tesidak lu sibut nama gua. haiya!!

lu mau tau ka apek.. kalu lu tak mau itu pelempuan pot pet pot pet, lu kena cali itu pelempuan bisu ma. kompom lu talak denga suala dia lor!! ;p

Ezad said...

haiyya apek
lu ape celita hah? wa pun pening la lu tulit.
tapi apa pasat ha, melayu kalau ckp sama cina, slang mesti ikut cina, bila cakap sama india, slang mesti ikut india... wa pucitau. lu pi buat tesis ni balang boleh ka apek?

Masy said...

haiyaaa!~

achik said...

wah manyak efisyen ini ahpek.. (eleh.. awal2 rajin la updet.. lama2 kang mesti bersawang je).. hehe.. ;p

ad3ck said...

lei gong mey ya? wei, lei hai pin tou ah? mm kou waa. yei pet lei.

Ayaq masak said...

Suke hati laaa nak cakap banyak ponnnnn huhuhuhuhuhu.

chot said...

susah gak aku nak amati bahasa ko pek...tunggang langang dibuatnya...

zino said...

nasib baik ada alih bahasa.. kalau tak tegeliat lidah nak baca hehe

Alfiearth said...

hehehehe...apo la yg ko gebang ni

Mimi Amilia said...

sib baik ada versi melayu!
P/s: Kalau takde perempuan..senyap sunyi la pula dunia ni..kan tak meriah! tak best...

lindosh said...

wa manyak lindu sama lu arr apekkk!

bro.. bile nak ajak saya pegi tengok teater neh? ehehe

Sastri said...

nasib baik ada terjemahan... keskeskes... dah mula fenin dah tadi... keskeskes... tau tak, baru ni ada kajian yang mengatakan, lelaki pun banyak cakap sama macam perempuan... :D

TedungS said...

ceh.. mati2 aku igt apek mana tadi
haha

13may said...

hahha....hi ah kim!
lu dulu mana sekolah ???
manyak pandai tulih lorrr....

Asnor filza said...

waaaaaaa......... wa tatak setuju!!!


mana ada pompuan banyak cakap?? Pompuan semua pendiam n sopan ok.. contohnya cam saya... (eh, cam tak relevan pulak contoh ni..) ok2, contohnya ct nurhaliza.. tak nampak ke dia tue pendiam orangnya?? ha?? cuba cakap pompuan mana yang banyak cakap tue??

Babe said...

somehow i miss azzam's writing


boring la

kakLuna said...

lu suka itu ambelela ka...lu suka tengok itu lenlui manyak sui pakat badju kibaya..

NAzzXXra said...

babe

aku pon rindu kat dia

haih!!!!

lindosh said...

mana lu pigi apekkkkkkk

tintaHati said...

Apek tak boleh cakap melayu betoi2 ka? Kata bini melayu...?huhu...rasa mcm tak best jer...

debikdebuk said...

apek la... wa manyak pining kapla la baca lu punya ayat2. aduu...wa mau telah itu pil chi kit teak on la.... (itu obat sakit pelut kan?)

ah kim said...

Salam.

Aiyak! Lamai olang lamai komen. Wa jawab la ho…tapi laen cala lo!

Tak puas hati betul korang ek bila aku tulis style slanga Cina. Okay la…aku ubah la cara penulisan aku ni. Aku tulis macam tu bukan apa…mak aku keturunan Cina. Ayah aku pun sama…tapi ayah aku dah mix Cina-Arab-Melayu. Kalau nak cerita mau lapan hari pun tak habis.

Sebenarnya aku ni seorang penulis jugak…macam Azzam Supardi. Cuma aku tulis berita, Azzam tulis cerita. Ada perbezaan kat situ kan? Aku kenal Azzam pun dah lama sejak awal Majalah Ujang lagi. Aku pun salah seorang penulis residen untuk Majalah Ujang tu. Masa tu Azzam belajar kat Cairo dan aku pulak kat UW, Seattle WA. Memang kitorang jarang berjumpa masa tu tapi tak semestinya kitorang tak berkawan kan.

Bila aku habis belajar kat WA dan balik ke M'sia, aku terus bekerja dengan salah satu akhbar tempatan bahagian penyuntingan rencana. Bidang aku belajar dulu tak sama dengan kerja aku. Dulu aku ambik Anthropology. Anthropology banyak 'cawangan' dia…macam archaeology, biocultural, environmental, sociocultural dan beberapa course lagi yang berkaitan dengan kehidupan manusia dan alam dulu jugak sekarang.

Lepas ambik sikit pengalaman kat akhbar tempatan tu aku mula meneroka bahagian promotion and event. Kat sini macam-macam benda aku hadapi…pahit, manis, suka, kecewa. Dalam pada masa yang sama aku masih lagi menulis…skrip dokumentari, rencana akhbar dan majalah dan beberapa penulisan pojok.

Masa belajar dulu aku ada menulis satu artikel yang bertajuk 'Heavy Metal - The Headbangers History'. Aku tulis kisah tu pasal aku minat heavy metal dan bertepatan dengan course sociocultural yang aku ambik masa tu jadi penulisan aku tu memang best la pada aku. Dan…artikel aku tu akhirnya dijadikan skrip dokumentari dengan tajuk yang sama yang disiarkan kat Seattle Channel - Cable 21, WA. Kira aku boleh bangga la kan. Korang tak bangga tak pe…aku je yang syok sendiri.

Sekarang aku bekerja bukan sepenuh masa kat tempat Azzam Supardi ni. Oh ye…buat pengetahuan korang Azzam pun tidak lagi bekerja sepenuh masa kat sini. Dia bergerak sendiri dan aku pun bergerak sendiri. Dalam seminggu, dua atau tiga kali kitorang susun kerja kat sini. Jadi…jiwa kitorang sama iaitu…'kerja engko kerja aku kerja kita kerjasama'. Memang kitorang ni 'kaki kelija punya olang'. Hidup aku kosong kalau tak kerja.

Ok. Cukup dulu kisah berkenaan aku. Ni nak cerita entri aku pasal perempuan ni. Sori la ek…itu pandangan aku. Lain orang lain buah fikiran kan. Aku tau memang ramai yang tak setuju bila aku kata perempuan tak boleh diam. Terima la hakikat.

Untuk akan datang aku ada banyak cerita pengalaman aku masa kat Seattle. Aku nak lawan Azzam Supardi dengan 'Aku Hidup Dalam Blues' dia dulu. Cerita tu sebenarnya ada sikit kisah hidup aku yang Azzam ambik. Sungguh. Aku provide half of my story bagi kat dia. Tapi aku tak dapat hapa-hapa pun…hampeh Azzam. Tak de la...aku tak kisah pun. Kawan-kawan kan.

Orait…stop kat sini dulu.

Salam holmat sama lu olang la ho! Telima kasih laun kelali!