Thursday, August 16, 2007

CELITA DALI DALAM SULAT WA

Sulat dali wa untuk kawan wa summa!

Salam. Hohoho!

Hello kawan…apa macam? Ala baik? Ini wa mau bagitau sama lu aa pasat dili wa lo! Lu silalu cakap wa punya tulisan manyak susah mau baca ho. Okay lo! Lu kasi baca sama ini celita wa lulu la ho!

(petikan dari komen celita alih punggong)

Tak puas hati betul korang ek bila aku tulis style slanga Cina. Okay la…aku ubah la cara penulisan aku ni. Aku tulis macam tu bukan apa…mak aku keturunan Cina. Ayah aku pun sama…tapi ayah aku dah mix Cina-Arab-Melayu. Kalau nak cerita mau lapan hari pun tak habis.

Sebenarnya aku ni seorang penulis jugak…macam Azzam Supardi. Cuma aku tulis berita dan rencana, Azzam Supardi tulis cerita. Ada perbezaan kat situ kan? Aku kenal Azzam Supardi pun dah lama sejak awal Majalah Ujang lagi. Aku pun salah seorang penulis residen untuk Majalah Ujang tu. Masa tu Azzam Supardi belajar kat Cairo dan aku pulak kat UW, Seattle WA. Memang kitorang jarang berjumpa masa tu tapi tak semestinya kitorang tak berkawan kan.

Bila aku habis belajar kat WA dan balik ke M'sia, aku terus bekerja dengan salah satu akhbar tempatan bahagian penyuntingan rencana. Bidang aku belajar dulu tak sama dengan kerja aku. Dulu aku ambik Anthropology. Anthropology banyak 'cawangan' dia…macam archaeology, biocultural, environmental, sociocultural dan beberapa course lagi yang berkaitan dengan kehidupan manusia dan alam dulu jugak sekarang.

Lepas ambik sikit pengalaman kat akhbar tempatan tu aku mula meneroka bahagian promotion and event. Kat sini macam-macam benda aku hadapi…pahit, manis, suka, kecewa. Dalam pada masa yang sama aku masih lagi menulis…skrip dokumentari, rencana akhbar dan majalah dan beberapa penulisan pojok.

Masa belajar dulu aku ada menulis satu artikel yang bertajuk 'Heavy Metal - The Headbangers History'. Aku tulis kisah tu pasal aku minat heavy metal dan bertepatan dengan course sociocultural yang aku ambik masa tu, jadi penulisan aku tu memang best la pada aku. Dan…artikel aku tu akhirnya dijadikan skrip dokumentari oleh kawan white people aku dengan tajuk yang sama yang disiarkan kat Seattle Channel - Cable 21, WA. Kira aku boleh bangga la kan. Korang tak bangga pun tak pe…aku saja je nak syok sendiri.

Sekarang aku bekerja bukan sepenuh masa kat tempat Azzam Supardi ni. Aku bergerak sendiri. Dalam seminggu, dua atau tiga kali aku datang dan susun kerja kat sini. Azzam Supardi pun macam aku jugak. Jadi…jiwa kitorang sama iaitu…'kerja engko kerja aku kerja kita kerjasama'. Memang kitorang ni 'kaki kelija punya olang'. Hidup aku kosong kalau tak kerja.

Okay la. Cukup dulu sedikit kisah aku. Untuk akan datang aku ada banyak cerita pengalaman aku masa kat Seattle. Aku nak lawan Azzam Supardi dengan 'Aku Hidup Dalam Blues' dia dulu. Cerita tu sebenarnya ada sikit kisah hidup aku yang Azzam Supardi ambik. Sungguh. Aku provide half of my story bagi kat dia. Tapi aku tak dapat hapa-hapa pun…hampeh Azzam. Tak de la...aku tak kisah pun. Kawan-kawan kan.

Orait…stop kat sini dulu.

Salam holmat sama lu olang la ho! Telima kasih laun kelali!

Okay lo! Ho holiao ho!

15 comments:

Ayaq masak said...

Tapi kan wa suka lu tulih slanga Cina hoooo. Hihih.

13may said...

aiyakkk!!!! balu ala paham....

Okay lo! Ho holiao ho!

Masy said...

letih baca slang cina tu, tapi layan jelah haiyaaaa~

Babe said...

aaa kan sedap sikit! Much better

Azzam is Azzam Ah kim Is Ahkim kalau kau pakai nama hakim bukak blog lains ekalipun, aku percaya kau puna da kelompok peminat kau sendiri.

aku tau kau sapa.

aku rasa "kau" kawan sahak yang balik US, yang kerja jual burger tu kan hehehehehe

ad3ck said...

baru le sedap sket. pelat ngat ko sebelom neh hehe.

lindosh said...

yeah.. nak tau cite pasal kat seattle tu..

aku said...

bagus2...baru senang aku nak baca..kalo x,tergeliat urat saraf nih

achik said...

baru lancar membacanya.. hehe :)

Titicaca said...

legaaaaaaaaaaaa....
ala ad3ck: ko tu takkan tak paham kot ..apek tul la..

tintaHati said...

Haaa sekarang kan baru senang dan minat nak baca. Sorry la ah kim kalau hang buat slanga cina, aku tak reti dan xfaham langsung. Sekali gus minat nak membaca hilang...huhu

zino said...

bagitu ke kisah nya...

NAzzXXra said...

babe..

ko kenal ah kim?

*garu2 kepale*

ah kim said...

Salam.

Telimakasih sama lu olang summa la ho!

Lu olang jadi pendolong sama wa untuk telus tulis lalam kealaan melleka - M.E.R.D.E.K.A...melleka. Lu olang punya simangat manyak kuat lo! Hohoho!

Telima kasih!

Asnor filza said...

sangat benci bila lu tulis slang cina.. bukan sebab haku bersifat perkauman tapi cam terkehel gitu otak nak baca style bahasa cinayu..

Lu tulis bahasa Melayu lagi bagus la ah kim.. please eh..:)

tak sabar nak baca kisah2 seterusnya...

nUr@dDeEn said...

wa talak kisah sangat lu tulis pelat cina maa.. tp wa lagi talak kisah kalu lu tulis bagi kawan2 lain tak sakit lidah loo.. hehehe..

hehehe ... kawan sahak? hehe macam kenal jer. apa2 pun, ah kim still azzam punya kawan oo. ah kim n azzam adalah - ngo hou panyau.. hou panyau! yeyearghh!! :)