Thursday, September 6, 2007

ACOUSTIC N' UNPLUGGED - part 4

Tengahari masuk petang. Aku sampai kat SEA-TAC. Bridget dengan Rachelle ucap selamat jalan dan jumpa lagi. Bagi alamat dan phone number dia. Sekarang aku dah pegang dua phone number dan dua alamat. Sekurang-kurangnya aku ada dua kenalan kat US ni kalau sesat.

Masa dalam flight tadi. Bridget cerita macam-macam. Dia dibesarkan dalam keluarga yang betul-betul ortodok Kristian. Tapi. Akibat pergaulan, kefahaman Bridget berubah. Lebih-lebih lagi masa dah bekerja sebagai interior designer ni. Dia dibuang keluarga. Berkahwin. Sekarang ditinggal suami pulak. Malang. Aku janji. Kalau ada masa aku pergi jenguk Bridget dan Rachelle.

Kat SEA-TAC. Aku cari tempat lost & found. Tanya bagasi aku yang katanya dah sampai malam tadi. White-man kat situ kata dah masuk kargo hantar ke Kuala Lumpur. Ikut alamat kat bagasi tu. Ada pulak macam tu? Dia tak boleh buat apa. Aku terkedu. Tak apa. Semua yang penting termasuk sedikit pakaian ada dalam back pack yang aku bawak ni.

Aku berjalan resah. Cari phone booth. Dial number rumah senior yang JPM bagi. Jawab. Katanya dah ada yang tunggu. Tiga orang. Semua student perempuan. Student perempuan? Terpikir. Apasal aku ‘di kelilingi’ perempuan sejak semalam lagi?

Terpandang nama Aiman Hakim Malaysia tertulis kat satu kertas. Sorang perempuan Melayu pegang. Aku lambai dan hampiri. Mulanya dia geleng. Aku kata itu nama aku. Dia terkejut. Dia ingat aku Cina. Aku gelak dan cakap aku dah biasa macam tu. Dia tanya bagasi. Aku jawab jujur. Dia. Kak Chah. Kata banyak sweater. Nanti Kak Chah bagi aku. Sweater perempuan? Kak Chah angguk. Sudah!

Kat tempat parking. Dua orang kakak student tengah tunggu. Kak Nab. Kak Jah. Diorang kata aku beruntung. Pasal tiga pontianak jadian berada di sisi. Diorang gelak. Aku pun gelak ambik hati. Tapi. Berfikir. Apa diorang cakap ni?

Dalam kereta. Perjalanan ke Rumah Malaysia Kecil. Kak Nab kata. Nak bawak aku lunch dulu. Kak Chah tak nak. Alasan. Ada taklimat dengan student baru yang lain. Kak Jah setuju dengan Kak Nab. Tanya aku. Aku ikut je. Akhirnya. Kak Chah mengalah. Lagipun katanya nak rasa darah muda. Aku terfikir. Biar betul!

Kasi satu kali sambung la ho! Aiyak! Holiao ho!

17 comments:

Masy said...

1st~

faridmw said...

salam ziarah....

best cita... ada sambungan lagi ka?

zwitterion said...

lor..holiao..holiao..hehe

nUr@dDeEn said...

huhu pontianak? darah muda? Bancau, bancau. Abis la ko, ah kim! huk huk huk ...

continue cepat maaa ...

achik said...

aiyark!!! sambung lagi..

13may said...

wahhh...makin panas ini celita...

manyak bestt loorr...

aku said...

aku rasa....................(sambunglah komen aku ni sendiri)
:P

*kuiz sambung-menyambung..:P

Sastri said...

uih... saspen gak nih... apa depa nak buat tu?

ad3ck said...

berape part semua skali hohe.

blackpurple @ jowopinter said...

Dah macam sinetron pulak, bersambung-sambung. :D

lindosh said...

rasa darah muda? ada rasa manis ka payau ka? ishh ish :P

Ayaq masak said...

AIyokk sambung lagi..huhu.

tintaHati said...

Sebenarnya apa matlamat akhir cerita nih? huhu...

Achik_Sufi said...

salam,
selamat berpuasa...

Masy said...

salam ahkim!

selamat menyiambut bulan lamadhan hoh! lu jgn salapan pulak esok pagi lorr, tp jangan lupa mangun sahor ok.

bulan puasa laa holiao hoh

13may said...

Salam ahKim...

lu langan wat wat lupa posa lorr holiao hoh

ah kim said...

Salam.

Wa mau bagitau sikit aa itu celita wa kasi sambung lain masa boleh ka? Pasat apa lu olang tau ka? Pasat aa itu celita aa bahaya lo kalau kasi sambung. Kalau wa sinang wa sambung la ho?

Ini bulan aa ustad ala bagitau kulangkan cakap banyakkan ibadah. Jadi aa wa pun tamau cakap banyak. Lu olang kasi baca saja la ho!

Telima kasih sama lu olang ho? Kasi jumpa satu kali pusing la ho!

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Yang Penuh Barokah.

Wassalam.