Thursday, September 27, 2007

SETAN KENA IKAT - KISAH 6

Malam. Puasa. Dulu. Kat surau Kampung Temehel. Aku sama kawan. Jenal. Cadang nak tidur situ. Macam biasa. Kononnya nak buat ibadah.

Tengah mengaji. Menguap. Ngantuk. Tengok microphone surau. Cakap kat Jenal. Buat konsert. Jenal ok je. Aku. Pegang mic. Tapi tak on speaker la. Tiru gaya Axl Rose. Penyanyi Guns N Roses. Jenal. Jadi penonton.

Lepas satu jam. Sahur. Makan lebihan moreh tadi. Kenyang jugak. Tidur.

Subuh. Pak Imam datang. Suroh azan. Aku. Pegang mic. Azan dengan penuh perasaan.

Habis azan. Pak Imam tanya. Ramai ke orang datang konsert malam tadi. Aku sama Jenal. Gabrah. Pak Imam cakap lagi. Azan macam bunyi lagu Sweet Child 'O Mine je. Nasib baik sebutan azan jelas.

Uih! Pak Imam tau lagu GnR?!


Moral : Bila mengaji jangan lupakan tajwid.

8 comments:

Ceera said...

Hahaha... boleh plak azan bunyi sweetChildOMine, gila rock azan ko...

13may said...

rosak akhlak betul la hang nih :D

aNoi haLim said...

ha ha...
tah2 kan..
tok imam tue dok ngendap korang buat ape...
hehe

achik said...

wah.. cayalah pak iman.. ;p

ah kim said...

Salam.

Ceera,
Haha! Bulok ho wa punya pelangai lulu ho? Aiyak!

13May,
Ya lo! Wa pun tak sanggup mau celita! Hahaha!

Anoi,
Hehe! Wa pun lasa itu maciam lo!

Ah Chik,
Wa pun tatau mana lia tau! Heh!

arsaili said...

bagus gak pak imam nih..up to date..skang lu punya nakal masih sama banyak atau lebih sikit

one said...

Ish3,penonton2nya Jenal sama itu gienies..(surau ada jin beribadah x?)

akirasuri said...

ha ha ha..
comel betul tok imamnya :p